Reene:
'Sorry, wont be able to meet up today. something came up. Maybe next time.'. SMS baru saja masuk. Johan. Reene menarik nafas dalam. 'Tidakkah Johan teruja ingat tahu intipati surat dari arwah Nina?' Tanyanya di dalam hati. Atau Johan sudah tahu apa isinya dan tidak mahu berkongsi bersama? Pelbagai persoalan di dalam benak Azreen.
"Nevermind. Maybe next time. Johan takkan ke mana-mana". Pujuk hatinya sendiri.
Bagi Azreen pula, dia sudah dapat menjangkakan apa mesej yang cuba untuk di sampai kan oleh Nina di dalam surat itu. Nina sendiri sudah menyatakan apa yang terbendung di hatinya seminggu sebelum dia pergi. Al-fatihah.
"Reene, you have to do it for me". Ujar Nina perlahan.
"Nina, he is in love with you! Not with Papa, not with Mama.. it is YOU!" Muka Azreen merah padam, cuba untuk menenangkan dirinya sendiri, dia menarik nafas dalam.
"Hati Johan akan hancur Reene. Aku tak boleh nak buat macam tu. He is everything to me, but shame i cant stay longer. Kesian Johan" Air mata Nina mula bertakung.
"Azlina! Listen to yourself. Kau bukan nak pergi mana-mana pun, dont talk rubbish lah Nina. In few days time, InsyaAllah everything will be back to normal. Banyakkan berdoa. And forget about all these rubbish requests kau nak suruh aku buat. Leave it" Suara Reena making meninggi, di pandang kiri kanan mahu memastikan tiada yang mendengar perbualan mereka.
Nina mengangguk lemah. Malas sudah mahu bertegang urat dengan kembarnya, Azreene. Tapi di dalam dalam hatinya, dia tahu. Dia tahu yang saat saat akhirnya sudah hampir tiba. Ya Allah Ya Tuhan kami, KAU ambil lah nyawaku dalam keadaan yang beriman dan bersedia. Amin ya rabil alamin. Doa Nina setiap hari tak putus putus.
"Ah? Apa kau cakap Nina? Apa yang kau merepek nie?" Ujar Azreene.
"Aku teringin nak tengok Johan kat pelamin. Aku nak tengok dia dengan kau atas pelamin". Suara Nina lemah sambil matanya masih tertutup. Seolah dia bercakap ketika tidur.
"Ada-ada saja lah kau nie Nina, mimpi yang bukan bukan". Kata Azreene dan menyambung bacaannya.
"Betul Reene, aku nak sangat tengok Johan atas pelamin. Aku rasa aku tak sempat. Please Reene". Kata kata Nina makin sayu dengan mata masih lagi tertutup.
"Mesti nampak lagi handsome dan segak Johan kan?" Sambung Nina sambil tersenyum hambar.
"Get some rest Nina, we'll talk about it tommorrow okay?" Kali nie suara Azreene memujuk pun sayu bunyinya.
"Azreene dan Johan." Ujar Nina lalu menghembus nafas lega. Matanya di buka memandang ke arah Azreene. Azreene serba salah. Makin dia cuba untuk Nina berhenti bercakap, makin yang bukan bukan permintaannya.
"Azlina Sara Mahadi. Can you just get some rest. Asik merepek tak habis habis. We'll talk tommorrow okay" Azreene bangkit dari kerusinya dan membetulkan selimut Nina yang terjuntai.
"OK Mia..." Ujar Nina sambil tersenyum. Azreene menarik muka masam.
"Hari nie takper, sukati kau la nak panggil aku apa. I still hate that name tho and at the same time, I still love you. Tido cepat."
"Mia. Memang buruk nama tu. Nama timangan ko kat sekolah kan Miang.." Kata Nina sambil tersenyum lebar, tidak lagi hambar. Ketawa Azreene pecah. Ketawa kegembiraan sejak sudah beberapa hari berduka.Zaman sekolah lah yang membuatkan Azreen amat jarang mengunakan nama tengah nya itu, selalu menjadi bahan ejekan, Azreen Si Miang. Tapi kalau mama panggil Mia, sedap pula bunyinya.
Itu semua berlaku seminggu yang lalu. 7 hari lepas. Nina meminta sesuatu yang dia tak mungkin akan dapat memberi. Dan dia jugsk pasti yang Johan tidak akan bersetuju dengan isi kandungan suratnya. Tapi apa permintaan Nina pada Johan? Adakah Johan akan bersetuju? Adakahh Johan akan mengiyakan permintaan bukan bukan Nina? Apa yang Nina minta dari Johan? Adakah Johan akan berkongsi intipati suratnya dengan aku? Bermacam macam persoalan di dalam fikiran Azreene. Otaknya lemah untuk berfikir.
Johan:
Tangannya masih memegang telefon bimbit, baru lepas menghantar SMS. Tangan kirinya memegang kemas surat dari Azlina. Utusan terakhir Azlina sebelum dia pergi. Surat yang membuat jantungnya berdegup kencang selepas selesai membacanya.
"Nina, Nina........." Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Johan bersama hembusan nafas yang dalam. Tiada senyuman terukir di bibir. Seluruh badannya seakan kaku. Johan menutup matanya.
2009-12-10
Subscribe to:
Comments (Atom)