2009-02-04

PART 1

PART 1

Al-Fatihah. Amin. Majlis kenduri arwah Nina baru saja selesai. Johan meraup wajahnya selepas membaca al-fatihah, meraup seolah olah dia ingin benar doanya itu sampai ke alam barzakh untuk Nina. Azlina, gadis yang dia rindui, gadis yang telah pergi membawa seribu kenangan. Azlina yang hampir menjadi suri hidupnya. Semua musnah. Wajah kusam Nina seminggu lalu di hospital masih terbayang bayang di ruang matanya Kenapa? Kenapa dengan usia semuda itu Nina pergi? Johan beristigafar.
"Semua tu kerja Allah." Pujuk hatinya.Sayu.
Pandangan matanya bertemu dengan Reene,Azreen kembar seiras Nina.Johan beristigafar lagi. Wajah Reene yang saling tak tumpah seperti Nina mengamit rindunya kembali.

Johan memandu Honda City miliknya perlahan memasuki perkarangan rumah orang tuanya. Hatinya gundah, gundah selepas Reene memberinya sampul surat yang tertulis nama JOHAN dengan tulisan tangan arwah Nina. Apa isinya? Kenapa Nina menitipkan warkah untuknya sebelum dia pergi. Adakah dia tau ajalnya sudah hampir pada saat itu?
Nina, Nina...

No comments:

Post a Comment