2009-02-24

PART 2

"Boleh tak you berhenti merokok, sayang?" Tegur Nina. Manja.
"Untuk you apa saja pun bole, sayang" Ujar Johan sambil mematikan rokok yang baru dinyalakan beberapa saat yang lalu. Baru sesedutan, demi gadis itu dia menurut.

Johan mengenggam tangan Nina, di amati urat urat timbul. Hatinya sedih. Nina merenung tunangannya, sayu. 'Apalah nasib Johan.' Detik hatinya, rasa bersalah kian menusuk sanubarinya. Bertunang bukan dalam agenda mereka, apatah lagi selepas doktor mengesahkan yang Nina sakit. Johan berdegil, dia mau memiliki Nina dunia akhirat. Dia mau menjadi suami Nina di syurga kelak. Itu janjinya pada Nina. Betapa lelaki itu menyanyanginya.

Selepas mengikut adat bertunang, kedua belah keluarga setuju untuk menikahkan Johan dan Nina secepat mungkin, dalam perjanjian, kurang dari 4 minggu. Itu yang di persetujui, selepas mengambil kira urusan rumah sakit yang merawat Nina dan juga urusan keluarga Johan yang kini bermastautin di Australia.

"I nak tanya personal question, bole?" Tanya Nina bernada rendah.
"Aik.. belum kawin lagi u dah nak personal personal ngan i laks?" Lawak Johan sampai mempamerkan senyum manisnya. Senyum itu yang membuat Nina kalah.
"I serius lah..."
"Ok Ok OK.. apa dia?"
"Kalau i hidup tak lama....." Nina terdiam bila jari telunjuk Johan memegang bibirnya untuk berhenti bercakap.
Johan memandang Nina, pandangannya penuh kasih sayang, penuh cinta.
"Itu semua kerja Allah. Sampai syurga i nak you. only you, you sorang. Kalau kita dah nikah sok, Insyallah sayang, Allah akan makbulkan doa i." Ujar Johan laju.
"I bukan bergurau Johan, im serious. Kalau i dah tak ada nanti.. i nak you..." Nina berhenti bercakap bila melihat Johan menutup telinganya ber la-la-la-la.
"Lalalaaa laaaalaalalaaaa" Nyanyi Johan sumbang sambil menutup kedua belah telinga. Tidak mau mendengar repekan bakal isterinya.

Nina tersenyum. Johan membalas senyuman itu lalu memimpin tangan gadis itu ke arah kereta.

"You nie teruk lah" Ujar Nina sambil melirikan matanya.
"I love you too.." Balas Johan dalam senyum.

***************

Johan mencapai kotak rokok atas meja belajar. Ibunya baru sama meninggalkan pesanan suara meninta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tahlil Nina, semua penerbangan habis di tempah. Penerbangan seterusnya ke Malaysia dalam masa 3 hari lagi dan itu pun sudah di tempah oleh ayahnya, mereka bertiga akan sampai dalam masa itu.

Johan menyalakan rokoknya sambil menekan punat ON pada laptopnya. Dia menyedut dalam. Hatinya kosong. Matanya bengkak akibat air mata jantannya. Sedutan kedua lagi dalam dan akhirnya dia melepaskan kepulan kepulan asap kecik. Wajah Nina menjelma dengan senyuman. 'kan i suruh you berhenti merokok' Gema suara Nina memenuhi ruang bilik. Telefon bimbitnya berbunyi,nyaring.

"Shit!" Bentak Johan, terkejut. Dia mengambil handsetnya dan menekan butang hijau.

"Hi" Suara manja.Jantungnya berhenti berdegup buat seketika. "Reene nie." Kata suara itu lagi. Bukan saja wajah yang tak saling tumpah, suara Reene di telefon pun seakan akan Nina.
"Hi.. Assalammualaikum" Balas Johan selepas sedar dari lamunan.
"Walaikumsalam...Are you ok?" Tanya Reene.
"Hmm.. im ok. Thanks. You?" Balas Johan. Dia seperti malu dengan Azreene.
"You dah baca surat yang i kasi kat you tadi?"
"Ohhh... still in my pocket. Not tonight, maybe esok..."
"Good. Surat i pun esok baru i nak baca, with you.. So, wanna meet somewhere quiet?" Azreene mempelawa.
Johan menelan air liur. Dia sekan akan berfikir, tapi kotak fikirannya kosong.
"Sure." Jawab Johan tanpa berfikir.
"Ok, i'll pick u up around noon." Balas Reene dan serta merta talian itu mati.

Surat Nina. Surat Nina. Surat Nina. Mana surat tu pergi? Sudah 3 kali tangannya masuk ke poket seluarnya, tapi surat itu ternyata bukan di situ. Di mana? Mungkin dalam poket baju melayunya tadi. Johan bermalasan berdiri dan menuju ke arah tompokan baju. Baju melayu malam tu di ambil dan di periksa. Ya, jumpa. Nama JOHAN tertera.Tiba tiba dia teringat kata kata Reene 'Good. Surat i pun esok baru i nak baca, with you...' Adakah Nina jugak menitipkan surat untuk Reene sebelum dia pergi? Persoalan itu bermain di kotak fikiran Johan.

Johan mengoyak tepi sampul surat itu. Hatinya melonjak ingin tahu intipati surat itu. Tapi hatinya belum bersedia untuk menerima apa apa kemusykilan lagi. Hanya satu yang dia tahu, hatinya memang merindui Nina pada kala ini. Surat tadi di lipat kembali dan di letak di atas meja belajar. Dia menutup mata, wajah Nina tersenyum terbayang di ruang matanya. Hanya Allah Maha Mengetahui.

1 comment:

  1. mims,

    wah wah... dah start menulis ye sekarang.. cepatla tulis lagi.. I want to read the rest of it. good job mims!!!

    ReplyDelete